yeah !! yeah !! raye..raye..

fuh !!..
setelah dah nak sebulan kite puase..
akhirnyer..tibelah ary yg paling dinanti2kn Oleh sume Owg..
ARY RAYER !!...
aQ pOwn dah x saba2 nak balek ke kmpg halaman..
haha !!~..
arini keje aQ men"dOwnlOad" seberapa bnyk lagu raye..
hehehe ^^..
sbb aQ cadang nak pasang time ary rayer t..
kat kmpg aQ..
mst happening time tOw..
Okeyh la..sampai cni jew..
t papew aQ uplOad lg yer..
tata !!..
SELAMAT HARI RAYA..
MAAF ZAHIR DAN BATIN..
mintak maap atas segala kekesarn yg aQ lakukn..
pd yg kenal aQ ataw pOwn x kenal..
aQ dOakan semOga kOwang sume dpt menyambut ary rayer dgn epy !!

aQu kene interbiu nurse bln 9 nie..

Lame btol aku x jenguk blog aku sendiri..sory la beb !..sibuk sikit..maklum lah..pelajar kan..hehe..
Kat cni..aku nak kongsi citer gan kowang sume..bln 9 nie aku dew interbiu nurse..cuak aku lorr !..
Sebelum nie pon aku mmg pernah interbiu..tp nk masuk giatmara jelah..haha !.. nie pulak depan pegawai peng'interbiu2' yang berpengalaman.. Huhu..mst la cuak..tp aku bersyukur sgt dipanggil interbiu nie..harao2 aku berjaya la..mmg minat aku seyh !..
(^^)"..
 Kat cni aku share sikit tentang tips nk interbiu nie...
First sekali..keyakinan mst ade..tu yang paling !.. Kedua..penampilan lak.. Lelaki hendaklah berambut kemas, kemaskan misai2x dan janggut, normally kene bercukur
-Kasut hitam yang telah dipolish dan bertali (bukan strap)
-Baju kemeja putih plain yang dipadankan dengan tie belang-belang warna base / warna plain yang bersesuaian
-Blazer untuk tampil meyakinkan
-ada orang pakai nametag tp saya tidak pakai pun..hehe..
-Perempuan hendaklah berpakaian kemas, kalau bertudung, hendaklah nampak berkeyakinan dan comfortable
-Kalau tidak bertudung hendaklah memakai sut skirt panjang atau pendek (bawah sikit dari lutut satu inchi)..Don’t ever wear pants!!
-Kasut tumit tinggi -court shoes berwarna hitam
-Rambut kalau panjang, kene tie dalam “bun”
-makeup yang profesional dan meyakinkan
-blazer sekiranya bersesuaian..
dan yang ketiga adalah... File yang mengandungi maklumat peribadi hendaklah disusun dari PMR-SPM-universiti..susun biar nampak organise dan tidak celaru kerana ia mencerminkan “ketelitian rakan-rakan” dan ini jugak penting beb !..
And jgn lupe..bace la seberapa bnyk mklumt yang boleh yerr.. nie untuk pengetahuan am kowang.. biase nye peng'interbiu' nie suke gak taye soalan yang berunsurkn pengetahuan am..
So..aku nk wish kat diri aku sendiri.. GUD LUCK !..hehe..
Doa2kan supaya aku berjaya dlm interbiu nnt yer... (^^)"...

9 Tips Untuk Mengurangkan Rasa Mengantuk di Siang Hari

Setiap orang pasti pernah berasa mengantuk setiap hari ketika bekerja.  Tipulah anda sekiranya anda tidak pernah merasa mengantuk di siang hari. Tetapi sekiranya anda mempunyai masalah mengantuk berlebihan, ia akan membantutkan segala produktiviti anda ketika bekerja. Tidur diperlukan di siang hari untuk membekalkan tenaga untuk sentiasa fokus. Sekiranya tidur berlebihan, keadaan sebaliknya berlaku. Tidur berlebihan di sebut ‘hypersomnia’.
Ramai yang memikirkan bahawa kurang tidur merupakan masalah besar. Tetapi mereka tidak pernah memikirkan akibat sekiranya tidur berlebihan. Di sini saya tidak ingin berbincang mengenai masalah tidur berlebihan, kita akan fokuskan kepada bagaimana untuk mengurangkan tidur di siang hari seterusnya meningkatkan produktiviti anda .

1. Dapatkan tidur yang mencukupi
Anda sering mendengar “kamu tidak cukup tidur ni..” dan perkara ini ada betulnya. Tetapi bagaimana tidur dengan cukup yang dimaksudkan?  Tidur dengan cukup pada pandangan saya ialah apabila anda bangun dari tidur pada keesokan hari, anda akan merasa lebih segar dan tidak ingin untuk sambung tidur. Waktu tidur yang normal biasanya adalah daripada 7 hingga 8 jam. Tips dari saya, untuk belajar bangun awal daripada biasa, anda memerlukan latihan. Sama seperti latihan fizikal sekalipun supaya ia menjadi habit. Tekniknya, dalam satu hari, cuba tidur 5-10 minit dalam 2 atau 3 kali sehari. Semasa anda tidur, letakkan jam loceng berjauhan dari anda. Pastikan jauh jam loceng tersebut sehingga memaksa anda untuk bangun untuk memadamkannya. Kemudian renggangkan badan anda dan seterusnya membasuh muka. Jadikan ia sebagai latihan dan percayalah ia akan membantu anda untuk bangun lebih awal!

2. Setkan waktu bangun dengan tetap
Pada setiap hari anda hanya perlu fokuskan kepada waktu bangun anda sahaja. Cuba tidak fokus pada waktu untuk tidur. Setkan jam pada waktu yang anda ingin untuk bangun dan cuba konsisten bangun pada waktu tersebut, anda boleh lakukannya dengan melakukan latihan seperti di atas. Pada waktu malam, biasakan tidur pada ketika anda berasa mengantuk sahaja. Sekiranya anda mengantuk  pada pukul 3 pagi, pastikan anda bangun pada pukul 6 pagi. Keesokannya, anda pasti akan tidur dengan lebih awal dan bangun pada waktu yang sama. Konsepnya di sini, kita tidak ingin cara tidur kita mengganggu ritma circadian badan yang sudah ditetapkan.

3. Tingkatkan untuk tidur lebih awal dari sebelumnya
Dapatkan tidur yang lebih awal dari hari-hari yang sebelumnya. Cuba tidur dengan 15 ritma lebih awal dari sebelumnya. Ubah secara perlahan-lahan supaya cara kita tidur tidak terkejut dengan ritma yang baru. Cara ini lebih baik dari tidur 1 jam awal dari sebelumnya. Apabila sudah tidur 15 minit awal, cuba kekalkan ritma tersebut.

4. Dapatkan habit pemakanan yang tetap
Pastikan anda menjaga waktu makan anda. Anda wajib mendapatkan sarapan supaya ia dapat membekal tenaga kepada anda. Pada waktu tengah hari cuba tidak memakan makanan yang betul-betul berat. Sekiranya anda tidak bersarapan anda akan cenderung untuk memakan lebih banyak pada tengah hari. Ini juga akan menggannggu ritma circadian. Anda harus kekalkan ritma circadian anda. Apabila tidak makan, kita akan merasa lebih letih dan cenderung untuk tidur, begitu juga apabila anda makan secara berlebihan. Ia akan menyebabkan anda lebih nyenyak untuk tidur.

5. Bersenam setiap hari
Anda digalakkan bersenam, sama ada di waktu petang atau di waktu pagi. Saya amat menyarankan anda untuk bersenam di waktu pagi kerana ia akan membantu anda untuk lebih fokus dan kreatif. Apabila anda bersenam, ia juga akan membantu anda untuk tidur dengan lebih awal. Awas! Elakkan untuk bersenam 2-3 jam sebelum tidur. Perkara sebaliknya akan berlaku kepada anda.

6. Susun semula jadual anda
Sekiranya anda merasakan badan anda perlu tidur 7-8 jam, elakkan melakukan perkara-perkara penting sebelum tidur. Cuba lakukan perkara-perkara yang penting di awal pagi. Pada waktu pagi anda mempunyai tenaga yang banyak dan ini akan meningkatkan fokus dan produktiviti anda. Cuba tinggalkan tugas-tugas yang kurang penting atau tidak penting untuk memudahkan anda tidur dan mendapatkan kualiti masa yang anda inginkan. Tugas-tugas tersebut anda boleh lakukan pada waktu pagi dan juga petang. Jangan serabutkan kepala anda dengan tugas-tugas yang berat di waktu malam. Pastinya ia akan menggannggu tidur anda.

7. Dapatkan tidur yang sebentar pada waktu tengah hari
Dapatkan 15-20 minit untuk anda tidur pada waktu tengah hari, ia baik untuk mengembalikan tenaga anda semula semasa bekerja. Tetapi pada waktu 15-20 minit ini, pastikan anda setkan jam anda dan pada waktu ini, anda tidak perlu untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Cukup sekadar pejamkan mata anda dan rehatkan fikiran anda. Cukup masa, terus bangun dan teruskan kerja anda.

8.  Pastikan katil anda hanya untuk tidur
Jangan lakukan perkara lain selain tidur dan hubungan kelamin (untuk yang berkahwin). Apabila anda melakukan banyak perkara di atas katil, anda mungkin sukar untuk tidur dan mungkin juga anda akan tidur berlebihan. Fungsi katil adalah untuk tidur. Ingat tu! Sekiranya anda sedang belajar, jauhkan tempat belajar anda dengan katil. Supaya anda tidak terus tidur, walaupun anda tidak habis belajar.

9. Jumpa doktor pakar
Sekiranya anda mendapati anda tetap tidur dengan berlebihan walaupun anda sudah tidur dengan cukup, ataupun sentiasa tertidur ketika melakukan kerja tanpa menunjukkan tanda-tanda mengantuk, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Anda mungkin mengalami penyaki‘narcolepsy’ atau ‘sleep apnea’ iaitu masalah bernafas ketika tidur. Tidur berlebihan dan sentiasa lemah mungkin merupakan penyakit yang anda hidapi walaupun tanpa anda sedari.

$ejaRaH muO (t€mpat a$aL aQu)...

Daerah Muar terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri dan juga daerah kecil Tangkak. Muar bersempadan dengan negeri Melaka (Sungai Rambai) di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.


Daerah Muar berkeluasan 2346.12 km persegi dengan penduduk seramai 328,695 orang (bancian 2000). Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada Muara. Kemungkinan lain ialah ia berasal daripada perkataan hindu iaitu “Muna” dan ‘Ar” yang masing-masing bermaksud Tiga dan Sungai, menggambarkan kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan juga merupakan sungai terpanjang di Johor.

Pusat pentadbiran baru yang dikenali sebagai Muar 2 sedang dirancang untuk dibina di Muar. Pusat pentadbiran baru tersebut akan menempatkan semua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan dijangka terletak berhampiran dengan Muar Bypass di bandar Muar.

Geografi

Bandar Muar terletak pada 2°3?N 102°34?E, di muara Sungai Muar. Bandar ini berada pada kedudukan 150 km (93 batu) ke barat daya ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Ia adalah 50 km ke utara Batu Pahat dan 179 km ke barat laut Singapura.

Sejarah

Muar adalah kaya dengan sejarah tetapi disebabkan ketiadaan catatan sejarah yang sempurna dan bukti-bukti arkeologi, kebanyakan sejarah silam Muar tidak diketahui. Dipercayai sejarah Muar telah bermula lebih awal daripada Empayar Melaka. Pada tahun 1361, terdapat catatan yang menyatakan Muar adalah sebahagian daripada wilayah empayar Majapahit. Catatan lain pula ada menyebut bahawa Parameswara, pengasas empayar Melaka, pernah menubuhkan penempatan di Pagoh, Ulu Muar selepas melarikan diri dari Temasik sebelum menuju ke Melaka. Muar juga adalah tempat terletaknya satu-satunya makam kesultanan Melaka iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah 1 (1477-1488). Makam kesultanan Melaka yang lain telah dibinasakan dengan kejam oleh Portugis semasa penaklukan mereka ke atas Melaka. Muar turut memainkan peranan dalam mengekang kemaraan tentera Portugis pada tahun 1511. Bagi menangani serangan armada Portugis, Kubu Bentayan telah dibina oleh Sultan Melaka untuk mematahkan serangan dari arah laut.

Muar di era Portugis juga menempatkan sebuah kubu iaitu ‘Fortaleza de Muar’ bagi mempertahankan koloni Portugis daripada serangan Belanda dan Aceh.

Muar adalah bandar di-Raja di selatan Johor. Ia pernah menjadi sebuah Kerajaan merdeka dan berdaulat yang diperintah oleh Sultan Ali dalam masa yang singkat (1855 – 1877), apabila penguasaan negeri Johor (kecuali Muar) telah diserahkan kepada Dato' Temenggong Daing Ibrahim di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali. Sultan Ali adalah pewaris sebenar kesultanan Johor tetapi kelemahan beliau telah menyebabkan pemerintahan Johor dikuasai oleh Temenggong. Setelah beliau mangkat pada 1877, Muar akhirnya menjadi sebahagian daripada wilayah Johor. Muar turut dikenali sebagai Bandar Maharani, nama yang diberikan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1884. Muar selama bertahun-tahun adalah bandar yang kedua terbesar di Johor tetapi kedudukan tersebut telah diambil alih oleh Batu Pahat. Namun demikian, Muar masih merupakan bandar kedua terpenting dari segi pentadbiran selepas ibu negeri Johor Bahru.

Keretapi Kerajaan Muar

Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem keretapi yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar (Muar State Railways) atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun selepas landasan keretapi pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885. Sistem keretapi ini wujud dari tahun 1889 hingga 1925, menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai pada jarak 22.5 km. Berdasarkan ciri-cirinya sebagai keretapi ringan tempatan, ia adalah terasing daripada jaringan keretapi di tanah Melayu pada waktu itu tetapi terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat pada 1916. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan ekoran halangan geografi dan kewangan.

Perkhidmatan keretapi ini adalah menguntungkan dan telah memudahkan pergerakan penduduk serta barangan di samping menggalakan pertumbuhan ekonomi melalui pembukaan ladang-ladang kelapa di sepanjang koridor rel. Walau bagaimanapun, kepentingannya telah menurun apabila Jalan Abdul Rahman yang menghubungkan Bandar Maharani dan Parit Jawa dibuka pada 1918. Tambahan pula, penyelenggaraan terhadap infrastruktur yang usang adalah terhad. Landasan sering terabai sehingga sistem perparitan yang tidak terurus telah merosakkan tapak landasan. Selain itu, ketiadaan batu balas di dalam pembinaan landasan telah mempercepatkan kadar kerosakan landasan di mana mendapan tanah sering berlaku dan mengakibatkan beberapa kegelinciran. Peruntukan kewangan yang besar adalah diperlukan untuk membaikpulih sistem keretapi ini. Dibebani dengan masalah kewangan dan kemerosotan populariti, kegemilangan MSR selama 36 tahun berakhir pada tahun 1925. Kesan landasan telah hilang apabila tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad. Lokomotif MSR yang dipamirkan di Taman Tanjung Emas adalah satu-satunya tinggalan warisan yang membuktikan kewujudan MSR di masa silam. Dipercayai juga lokomotif tersebut adalah yang tertua di negara ini yang masih berkeadaan baik memandangkan lokomotif wap yang dipamirkan di Muzium Negara Kuala Lumpur adalah dari model yang lebih baru. Memandangkan Muar tidak pernah menjadi ibu negeri atau bandar terbesar di Johor, kewujudan rangkaian keretapi eksklusif di Muar setanding dengan sistem LRT pada hari ini, satu kemudahan yang malahan ibukota Kuala Lumpur tidak memilikinya pada waktu itu, adalah pencapaian yang menakjubkan.

Pekan

1. Parit Bakar
2. Parit Raja
3. Parit Jawa
4. Parit Unas
5. Parit Bunga
6. Bakri
7. Pagoh
8. Sungai Mati
9. Bukit Pasir
10. Panchor
11. Bukit Mor
12. Bukit Treh
13. Sungai Abong
14. Bukit Gambir

Komersil & Industri

Muar dikenali sebagai pusat perabot negara. Ia mempunyai lebih banyak kilang perabot berbanding dengan lain-lain bandar di Malaysia. Di samping itu, Muar turut menempatkan dua kilang milik syarikat multinasional antarabangsa iaitu SGS-Thomson (ST) Microelectronic dan Pioneer. Kawasan perindustrian di sekitar Muar terletak di Bakri,Tanjung Agas, Pagoh dan Tangkak.

Terdapat berbagai pusat membeli-belah di Muar seperti The Store , Giants Hypermarket dan K-Mart di Tanjung Agas, Astaka di Jalan Salleh, dan Freshco (dulu Plaza Hock Hai). Wetex Parade adalah antara gedung membeli-belah terbesar yang terdapat di Muar di samping sebuah lagi pasaraya besar yang dibuka pada Oktober 2006 iaitu Econsave, di Jalan Haji Jaib.

Di samping itu, pembangunan komersil terbaru yang bakal menempatkan hospital swasta dan pusat membeli-belah sedang dilaksanakan di tebing utara Sungai Muar di atas tapak yang ditebus guna daripada hutan paya bakau. Kawasan tersebut menempatkan Pasaraya Besar Giant yang telah beroperasi.

Selain itu, terdapat juga industri-industri kecil yang di buat di Muar. Sebagai contoh, kilang ubat-ubat tradisional PETANI, serta membuat makanan tradisional.

Di Muar juga terdapat sebuah hospital pakar iaitu Hospital Pakar Sultanah Fatimah di mana infrsruktur serta kemudahan yang disediakan di hospital amat memuaskan dan berkualiti tinggi.

Muar juga menjadi pusat tumbuhan lanskap negara. Terdapat lebih 300 nurseri tanaman hiasan dan lanskap di Muar. Antara yang terkenal adalah Bu Seng Chong Nursery, Bu Seng Chong Holding, Green City Nursery dan Guan Nursery. Pelbagai jenis tumbuhan hiasan yang berkualiti boleh didapati dan yang paling penting harganya murah. Permintaan yang tinggi dalam sektor perumahan dan rekreasi pada masa kini menyebabkan industri tanaman hiasan ini berkembang dan bersaing dengan pesat di Muar.

Infrastruktur

Lebuhraya pintasan Muar (Muar Bypass), (2 lorong dua hala) sepanjang 14 km termasuk Jambatan Kedua Muar dengan rekabentuk menarik yang keseluruhannya disiapkan pada 2005 adalah mercu tanda terbaru bandar ini. Lebuhraya yang menyusuri persisiran bandar Muar ini akan memudahkan perjalanan dengan mengalihkan aliran trafik daripada kawasan bandar dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan di Jambatan Sultan Ismail Muar yang lebih tua. Lebuhraya sedemikian (atau jalan lingkaran) adalah ciri biasa bagi Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka dan Seremban yang kesemuanya adalah ibu negeri. Walaupun Muar tidak berstatus sebagai bandar besar, pembinaannya di Muar telah menggambarkan kepentingan Muar dari segi ekonomi dan membolehkannya untuk merampas kembali kedudukannya selaku bandar kedua terbesar di negeri Johor.

Kini perjalanan dari Melaka ke Muar disingkatkan lagi dengan siapnya lebuhraya AMJ yang menyambungkan Alor Gajah - Bandaraya Melaka - Muar.

Di samping jalan persekutuan, Muar turut dihubungkan oleh Lebuhraya Utara – Selatan melalui susur keluar di Tangkak dan Pagoh yang masing-masing terletak 20 km dan 30 km dari Muar.

Terdapat juga perkhidmatan feri secara tetap ke Dumai, Sumatera, Indonesia yang bertolak dari jeti Kastam.

Muar tidak mempunyai perkhidmatan kereta api. Stesen Kereta Api Segamat merupakan laluan kereta api terdekat yang terletak kira-kira 80 kilometer ke utara Muar.Pengunjung boleh menggunakan stesen KTM Segamat seterusnya menaiki bas atau teksi ke Muar.

Pelancongan

Salah satu tarikan pelancong yang terkenal di Muar ialah Taman Negara Gunung Ledang. Taman ini terletak 170 km dari Johor Bahru dan mempunyai keluasan 107 km2. Terdapat dua pintu masuk ke taman ini iaitu melalui Sagil, Johor dan Asahan, Melaka. Puncak Gunung Ledang setinggi 1,276 m dari aras laut adalah puncak yang tertinggi di negeri Johor. Gunung Ledang juga adalah gunung yang ke-64 tertinggi di Malaysia dan berkemungkinan yang paling banyak didaki di negara ini. Air terjun Sagil yang terdapat di taman ini adalah tempat perkelahan yang terkenal.Terdapat juga rumah rehat disediakan bagi kemudahan para penganjung ke Gunung Ledang. Aktiviti berkhemah menjadi satu kemestian bagi mereka yang menggemari keindahan alam semula jadi.

Makanan

Muar turut dikenali kerana makanannya. Makanan tempatan yang paling dikenali ialah Otak-otak,dodol maharani dan mee bandung Muar. Muar juga terkenal sebagai salah satu tempat di mana sate dihidangkan sebagai sarapan pagi. Di bertentangan Maktab Rendah Sains Muar, Bakri, terdapat sebuah gerai menjual Sate yang paling murah, iaitu Kedai Man Sate setiap cucuk hanya dijual RM0.30 sahaja. Terdapat juga lokasi lain menjual sate pada harga yang murah seperti di hadapan hentian Bas Ekspress Maharani Muar di Jalan Salleh. Pengunjung pasti akan terpesona dengan panorama Muar diwaktu pagi sambil menjamu selera dan mendengar kicauan burung layang-layang.


Mengunjungi sebahagian restoran dan kedai kopi di Muar akan mengembalikan nostalgia 60-an dan 70-an kerana persekitarannya dan makanan/minuman yang dihidangkan tidak berubah semenjak masa lampau tersebut. Kopi yang dihidangkan di restoran tersebut mempunyai rasanya yang tersendiri.

Kopi 434 merupakan kopi istimewa yang sering menjadi buah tangan saudara-mara dari luar Muar yang mengunjungi keluarga di Muar. Kopi ini tidak perlu ditapis kerana habuk kopi akan tenggelam dengan sendirinya selepas 5 minit. Ia menjadi hebat jika dibuat dengan pekat untuk rasa yang lebih 'kaw'!

Sabak Awor yang terletak berhampiran Jambatan Ke-2 Muar walaupun terletak di kawasan yang terpencil di tebing Sungai Muar ia tetap dikunjungi kerana makanan laut yang terdapat di situ sedap dan murah.

Mee Bandung boleh di dapati di:

1) Parit Bunga - sebuah kampung yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Bandar Maharani.

2) Kg.Kenangan Tun Syed Nasir Tg. Agas - di tepi parit jalan masuk pasar malam taman itu.

3) Arked Mara di Jalan Maharani.

Selain itu juga,buah-buahan tempatan seperti durian, duku, langsat, manggis dan bermacam lagi juga boleh didapati di sepanjang jalan dari Bandar Maharani ke Tangkak terutama di sepanjang Kampung Parit Bunga.

Tempat menarik

Deretan bangunan yang dibina sebelum Perang Dunia II masih mewarnai senibina bandar ini. Bangunan tersebut menempatkan kedai-kedai di sepanjang Jalan Abdullah yang juga dikenali sebagai pusat dagangan Muar. Bangunan warisan yang ulung antara lain adalah Bangunan Abu Bakar (disiapkan pada 1929) yang menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran Daerah Muar dan Bangunan Kastam (disiapkan pada 1909). Umur bangunan-bangunan lama tersebut mudah untuk dikenalpasti kerana tarikh ianya disiapkan (di sekitar tahun 1930an hingga 1950an) tertera di bahagian luar bangunan. Bangunan ini adalah warisan yang amat berharga yang menggambarkan kemakmuran Muar di masa lampau dan menghargai keunikannya akan membuatkan mereka-mereka yang pernah dibesarkan di Muar terkenang kembali kenangan di zaman silam.

Tarikan lain di Muar ialah Taman Tanjung Emas, taman rekreasi bagi bandar ini, yang terletak di muara Sungai Muar. Tebing sungai di taman ini dihiasi dengan laluan siar kaki yang menyajikan pemandangan menarik Sungai Muar. Taman ini yang dikunjungi ramai sewaktu hujung minggu juga menempatkan padang golf 9-lubang. Terdapat perkhidmatan bot menyusuri Sungai Muar selama 45 minit hingga satu jam yang bertolak dari taman ini untuk memberikan peluang kepada pelancong menikmati pandangan bandar Muar dari sungai.

Mercu tanda terbaru bandar ini ialah Masjid Sultan Ismail ( masjid Jamek Kedua ), terletak di tebing utara Sungai Muar. Ia adalah masjid terbesar di Muar dan rekabentuknya adalah replika kepada masjid Sultan Ibrahim ( masjid Jamek Pertama ) yang terletak di Jalan Petri di tebing selatan. Disiapkan pada 2002, ia menyajikan pemandangan indah bila dilihat daripada bandar Muar, seolah-olah ia terapung di atas sungai.
[sunting] Pendidikan

Pendidikan bagi genarasi muda disediakan secukupnya oleh beberapa sekolah di Muar. Berikut adalah senarai tidak lengkap sekolah-sekolah di Muar.

* SMK Tengku Mahmud Iskandar
* SMK Tun Dr. Ismail
* SMK PARIT BUNGA
* SM Teknik Muar ( Sek Men Vokasional Muar sehingga 1996)
* SMK(A) Ma'ahad Muar
* SMK St. Andrew
* Muar High School
* SMK Tengku Mahkota
* SMK Convent
* SMK Bandar Maharani
* SMK Dato' Sri Amar Diraja (SEDAR)
* SMK Sultan Abu Bakar
* SMK Jalan Junid
* SMK Sri Muar
* SMK Air Hitam
* SMK Pei Hwa
* MRSM Muar (berasrama penuh)
* SMS Sains Muar (berasrama penuh)
* SRK Abdullah
* SK Serom 3
* SK Parit Bunga
* SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1 Pagoh

Sekolah yang paling terkenal di Muar ialah Sekolah Tinggi Muar. Ia ditubuhkan pada 1904 dan bangunan sekolah yang dibina pada 1915 masih berdiri megah. Semasa Perang Dunia Kedua, sekolah ini telah digunakan sebagai kem tahanan pihak Jepun. Bekas pelajar sekolah ini termasuk pembesar negeri dan pemimpin, pegawai tinggi Kerajaan dan industrialis seperti Tan Sri Osman Saat, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato Seri Abdul Ghani Othman, Dato Chua Jui Meng, Mr. Rahul Doraisamy, Mr. Sathesh Narayanan, Mr. Adam Tee, Mr. Victor Yeo, Mr. Senthil Doraisamy dan Mr. Triptipal Singh.

Sumbangan sekolah menengah Teknik Muar dalam melahirkan tenaga mahir di Muar memang tidak di nafikan lagi.Sejak dari aliran Vokasional menjadi teras pelajaran di sekolah ini,ramai bekas pelajar sekolah tersebut berjaya menjawat jawatan seperti jurutera mahir mahupun kakitangan kerajaan di dalam bidang teknikal.Sesungguhnya kewujudan Sekolah Menengah Teknik Muar (dahulunya Sekolah Menengah Vokasional Muar) merupakan titik permulaan kecemerlangan kejuruteraan di kalangan masyarakat di daerah Muar.

Pada tahun 2005, Pusat Sumber SMK Parit Bunga telah mendapat johan PSS Cemerlang peringkat negeri Johor. Pada tahun 2006, Pusat Sumber SMK Parit Bunga telah mewakili Negeri Johor dalam Pertandingan PSS Cemerlang peringkat Kebangsaan dan berjaya mencapai kejayaan dengan mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut.

Kebudayaan

Muar adalah tempat lahirnya Ghazal, muzik tradisi warisan Johor yang mempunyai unsur-unsur Parsi. Kumpulan Ghazal terkenal uar ialah Seri Maharani Ghazal Parti pimpinan Ahmad Jusoh dan Fadhil Ahmad . Antara lagu terkenal kumpulan ini adalah "Dia Datang", "Puteri Ledang"

Salah satu daripada aliran silat yang telah berkembang di Muar ialah Silat Sendeng Malaysia yang telah diasaskan oleh Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah di Sungai Mati, Muar, Johor.

Pertubuhan Kebajikan Wirid Khaujakan diasaskan oleh Tuan Guru Kiyai Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten kemudian dipimpin oleh Tuan Guru Tuan Haji Othman Azahari di Madrasah Khaujakan di Kampung Batu 4, Simpang Jeram, Bakri, Muar dan kini di pimpin oleh Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad bin Tunggal.

Penduduk Terkenal

Berikut adalah senarai penduduk terkenal yang berasal dari Muar.

* Menteri wanita pertama di Malaysia, Tun Tan Sri Dr Fatimah Hashim lahir di Muar.
* Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman
* Bekas Pengerusi Tetap UMNO, Tun Sulaiman Ninam Shah
* Bekas *Menteri Besar Johor, Tan Sri Othman Saat
* Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin
* Bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng
* Penyanyi/Selibriti terkenal, Ramlah Ram, Nash, Zainal Abidin, Jaafar Onn ,Zainal Alam,Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael XPDC)
* Pemain badminton Malaysia, Yap Kim Hock
* Presiden Singapura, Sellapan Ramanathan pernah tinggal di Muar di zaman kanak-kanak beliau.


(** i'm prOud tO be jOhOrean**)..

Justin Bieber feat. Ludacris BABY

Ohh wooaah (3x)
You know you love me,I know you care
You shout whenever, And I'll be there
You want my love, You want my heart
And we will never ever ever be apart

Are we an item? Girl quit playing
Were just friends, What are we saying
So theres another one, Looks right in my eyes

My first love broke my heart for the first time,
And I was like
Baby, baby, baby nooo
My baby, baby, baby noo
My baby, baby, baby nooo
I thought youd always be mine mine

Baby, baby, baby nooo
My baby, baby, baby noo
My baby, baby, baby nooo
I thought youd always be mine, oh oh

For you, I would have done whatever
Another chance and we, We get together
And wanna play it cool, About loosin' you
I'll buy you anything, I'll buy you any ring
Cause I'm uneasy, So come and fix me
Come and shake me til' you wake me from this bad dream

Im going down, down, dooown

*everybody!*

Baby, baby, baby nooo
My baby, baby, baby noo
My baby, baby, baby nooo
I thought youd always be mine

Baby, baby, baby nooo
My baby, baby, baby noo
My baby, baby, baby nooo
I thought youd always be mine

You can give me all your love,
But sometimes it wont be enough
Nobody told me this day would come,
Now Im all gone
You can give all your love,
But sometimes it wont be enough
Nobody told me this day would come

And I was like
Baby, baby, baby nooo
My baby, baby, baby noo
My baby, baby, baby oooh
I thought youd always be mine

YeahYeah (5x)
Now Im all yours, yours, yours, ooh
Im yours, ooohh

bOut ciNt@....

k€RaNa ciNt@ kiTa wujuD di DuNiA.....

Untuk bertemu dengan orang yang tepat, kamu harus memainkan peranan yang penting juga. Ini kerana sedikit sebanyak sikap kamu mempengaruhi hubungan yang dijalin. Jadi berikut adalah empat syarat penting yang harus ada dalam diri kamu andai ingin cinta berakhir bahagia….



1. Cintailah Diri Sendiri Sebelum Kamu Mencintai Orang Lain
Kebanyakan dari kamu apabila bercinta sanggup mengetepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling besar. Andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kamu. Jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kamu ingin menyayangi orang lain.

2. Punya Pendirian Yang Tetap
Seorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang di sayanginya. Inilah yang terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan hati kamu.


3. Bahagikan Hidup kamu Dengan Hal-hal Yang Lain
Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan di habiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur.

4. Berkorban Biarlah Berpada-Pada
Ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. Tidak salah untuk berkorban namun berpada-padalah. Jangan terlalu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. Hidup ini dalam hal apa pun perlu seimbang. Sekiranya si dia ingin gembira maka kamu juga ada hak untuk rasa sebegitu rupa.

 Jangan biarkan diri anda merana kerana cinta...
Tapi biarlah anda bahagia kerana cinta....
Kerana cinta itu indah..bukan menyeksakan...
Peace..(^^)"..

..::KeSaH cHentaQaSeH::..

sOwang gurLz yG sempOi..
epY gO Lucky..
kadaNg2 manJe.. Oppss!! (ngade2 jerk)..
aQu pEminat KaLe piNk yOo!!..

nie lah aQu..
aNtu cOkelat.. yUmmy2!!..

..::..$eLamAt DaTaNg k€ bLog s€ikHLas HaTiKu..::..

...
Dikuasakan oleh Blogger.

ni€ Lah aQu.. (^^)"..

Terdapat ralat dalam alat ini

DiRikU..

Foto saya
bOut me??.. juz caLL m€ nUrUL.. nOw..i'm stUdyiNg at ADTEC MaLLaCa.. TaK€n €nGiN€eRiNg m€chaTrOniC.. U guY's cAn cHeCk iT Out aT My PrOfiL€.. (^^)".. hOp€ u aLL €nJoY my bLoG..

G€nG aQu :..